Hiburan
“Baik Budi Pekerti, Bujang” - Selepas Shuib, Giliran Ajak Pula Cari Pekerja
Selepas pelawak Shuib menawarkan pekerjaan untuk mencari kakitangan perusahaan produk minuman yang diasaskannya, giliran Ajak Shiro pula melakukan inisiatif yang sama.
Ajak menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini menyatakan kesungguhan untuk mencari video editor.
Ajak juga menyatakan beberapa kriteria penting yang diperlukan untuk memenuhi tuntukan kerja.
Antaranya bujang, tidak sombong, baik budi bahasa dan juga tinggal di Nilai, Negeri Sembilan.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyambut baik niat Ajak itu.
Tidak kurang ada juga yang telah mula tag nama rakan-rakan yang memerlukan pekerjaan.
Terdahulu, ini merupakan antara inisiatif beberapa selebriti untuk membantu mereka yang memerlukan pekerjaan.