“Baik Hati, Macam Bagi Duit Raya”- Hargai Rider Penghantar Makanan, Fazley Yaakob Beri Sampul Duit Berisi...

Syafiqah Jalal
Oktober 23, 2020 07:50 MYT
Sebagai tanda penghargaan kepada penghantar makanan atau rider yang mengambil tempahan dari restoran Minangkapau, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob telah memberi sedikit sumbangan.
Fazley Yaakob menyediakan sampul berisi duit serta baucher di hadapan restorannya untuk dipilih oleh setiap rider yang datang mengambil tempahan.
“Kepada abang atau adik rider, jemputlah ambil satu sampul sebagai tanda terima kasih. Boleh pilih dalam sampul itu berisi duit tips atau baucher makanan di Minangkapau.
“Jaga keselamatan diri ok bila on the road! Terima kasih banyak sebab bersabung nyawa untuk bagi kitaorang semua makan,” katanya.
Fazley berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memasukkan duit kertas RM50 dan kertas baucher yang ditulis sendiri.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya di laman sosial tersebut apabila rata-rata menyokong usahanya itu.
“Baik hati abang, macam bagi duit raya je,” puji salah seorang warganet
“Alhamdulilah semoga murah rezeki Datuk sekeluarga,” doa salah seorang netizen.
Amazing gesture bro,” kagum seorang pengikut laman sosialnya.
Fazley memiliki restoran MinangKapau sejak setahun yang lalu.
#Makanan #Fazley Yaakob #Duit #Rider