"Baik Kau Zip Baju, Nampak Jerawat Kat Belakang" - Netizen Kecam Dres Dedah Belakang Aisyah Aziz

Amri Hassan
Julai 2, 2019 14:32 MYT
Adik kepada penyanyi kontroversi Aliff Aziz, Aisyah Aziz menerima kecaman netizen apabila menayangkan dres putih terbelah belakang di Instagramnya.
Aisyah menerusi entri terbabit menunjukkan dres yang dipakainya ketika menjayakan sebuah persembahan baru-baru ini selain berterima kasih kepada pasukannya yang bertungkus lumus mencantikkannya.
"Aahhh sis still livin this look! All love to the A team cause im always approacing things and feelings the very last minute but my sisters came thru! I love yous. fkn vibe’s goooood," tulisnya.
Tidak berpuas hati dengan pakaian yang digayakan Aisyah, netizen mula menyerang pelantun lagu Entah Bila itu bertubi-tubi.
"Namanya asisyaah tp tdk mencerminkan wanita muslimah," tulis @lailabustomi75.
"Aishah..baik kau zip baju tu, nampak jerawat kat badan," tambah @noorasmahan.
"Kenapa ada jerawat kat belakang dia? Atau aku yang salah pandang ni?" sahut @zaedlonk.
Lebih teruk apabila ada antara netizen mengaitkan cara berpakaian Aisyah dengan kontroversi abangnya.
"Adik abang sama je," tulis salah seorang pengguna penuh geram.
Selebihnya ada juga yang memuji kecantikan Aisyah dan kelihatan semakin matang dalam berfesyen.
#Penyanyi #Penyanyi #Aisyah Aziz