Seorang individu mencetuskan kekecohan di sebuah restoran di Putrajaya apabila mendakwa pelayan restoran tersebut lambat mengambil pesanan keluarganya.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di Twitternya, @zzabidin, dia memarahi dan memaki hamun restoran terbabit sambil merakamkan muka pelayan tersebut.

“Macam ni ke awak jalankan tugas? Tak ikhlas langsung. Saya akan viralkan restoran ni, jangan ada orang pergi sini”, jeritnya di dalam video tersebut.Video berdurasi hampir 1 minit itu kemudiannya tular apabila ramai netizen mempertahankan pekerja yang dimarahi itu.

Ramai netizen berpendapat teguran seperti itu perlu disalurkan pada saluran yang betul lebih tepatnya pada pengurus restoran berbanding menggunakan kuasa media sosial.

Netizen turut mempersoalkan tujuan makcik tersebut memuatnaik video tersebut di Twitter kerana kali terakhir makcik tersebut menggunakan Twitternya adalah pada tahun 2012.

Daripada hasil carian netizen juga, mendakwa datin tersebut merupakan seorang isteri kepada komposer terkenal.

Tersalah mahu tularkan orang, nampak makcik tersebut pula yang diaibkan netizen.

@moktamm: Tak perlu rakam pon sbnrnya makcik kene try keje kedai makan . Bru makcik faham ape tu kelam kabut

@danialzainnn: And, if u need to report something please send the feedback to their official account. They will try to fix it. I pernah tak dilayan kat chicken rice shop kl, but i talk to then nicely and they say sorry to me. Be nice wasn't waste ur fancy life dear aunty

@fiziefirdaws47: Saya rasa hidup makcik ni memang senang, kalau makcik pernah hidup susah kerja macam kami makan gaji kecik. Makcik faham apa yang kitorang rasa, makcik tahu betapa sedih kena sound depan orang ramai, hujung bulan dapat gaji seciput. Makcik tak faham sebab makcik orang senang

@bellakhann: Makcik..rumah kata pergi, kubur pun kata mari dah makcik..angkuh bebenor..mintak2 lah jd kat anak makcik balik huhuk

@nabilfikran10: MAKCIK NI APA MASALAH? SAYA NAK TENGOK MUKA MAKCIK, SAYA NAK VIRALKAN MUKA MAKCIK BIAR SEMUA KEDAI TAK TERIMA MAKCIK AS CUSTOMER

@zhantafa: Makcik ingat semua benda boleh viral ke? Last last semua orang kecam makcik balik. Twitter bukan macam fesbuk makcik boleh ayam2 kan. Sini semua anak muda berpelajaran. Kalau nak TCRS improve kan servis dia better talk to manager. Ni tak, kecoh lebih malu pon dapat.

Sehingga kini, video makcik tersebut telah mendapat hampir 1.5 juta tontonan.