,
Filem

Baik Punya Ah Long: Afdlin Shauki Mahu Throwback Komedi JoZan

Umirah Halim
29/08/2024
13:25 MYT
Gandingan pelawak hebat, Johan dan Zizan, JoZan bakal kembali ke layar perak menerusi filem ‘Baik Punya Ah Long’.

Ubat rindu peminat

Menurut pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki, pemilihan JoZan di dalam naskhah ini adalah bagi mengubat semula kerinduan peminat pada sketsa lucu mereka.
“Pada saya ini orang belum pernah tengok. Saya nak throwback kan orang ramai menerusi sketsa-sketsa Maharaja Lawak, muzikal yang mereka pernah buat.
“Ini juga sesuatu yang kami dan Astro Shaw mahukan sebab selama ini Johan dan Zizan tiada peluang untuk buat filem bersama sebagai hero jadi kami beri platform ini.
“Apa yang mereka berikan adalah sangat terbaik, itu yang berbaloi lah bekerja dengan mereka.
“Lama juga kita tak tengok JoZan beraksi bersama sebab sebelum ini kalau dalam filem Zizan hero Johan jadi jahat tapi ini kali pertama dua-dua hero,” katanya ketika dihubungi Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: The Kings Of Comedy Is Back: Ini Perjalanan Karier Seni JoZan
ARTIKEL BERKAITAN: Baru Tengok Trailer Dah Pecah Perut, Netizen Rindu Gabungan JoZan - “Confirm Riuh Satu Panggung”
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...
ARTIKEL BERKAITAN: JoZan Is Back! Peminat Tak Sabar Nak Tengok Filem Gabungan Duo Pelawak Popular - “Tak Fasal Saya Nak Kena Tunggu Lama…”
Untuk info, filem arahan pengarah Datuk Adflin Shauki itu akan ditayangkan di pawagam pada 12 September depan.
Selain Zizan, antara pelakon lain membarisi filem berkenaan ialah Johan, Liyana Jasmay, Adibah Noor, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

Sinopsis:

Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Ale yang diminta oleh ayah mereka untuk menjalankan perniagaan. Meskipun Aloy dan Ale tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran ayah mereka. Jadi, wujudlah perniagaan pinjaman wang oleh Aloy dan Ale. Perniagaan mereka telah mengugat Lan Panda dan menyebabkan ketidakpuasan hati. Lan Panda mulakan agendanya untuk menghapuskan Aloy dan Ale.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video