Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

Umirah Halim
18/09/2024 12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.

Sehingga ada dalam kalangan mereka hilang 100 peratus mata pencarian kerana berbulan-bulan tidak beraksi di hadapan kamera.

Pelakon, Chew Kin Wah bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila mendapat tawaran untuk menjayakan watak sebagai Ah Long menerusi filem Baik Punya Ah Long yang menjalankan penggambaran sewaktu pandemik.

Berbesar Hati Kembali Bekerja

Walaupun tidak menjalankan penggambaran dalam keadaan biasa, namun dia berbesar hati dan gembira apabila boleh kembali bekerja.

“Saya sangat berterima kasih kepada Astro Shaw, Afdlin Shauki kerana tawarkan saya watak ini, jadi sewaktu pandemik saya ada kerja.

“Saya bersyukur untuk semua yang telefon saya sewaktu saya sedang berbasikal waktu PKP macam orang tiada kerja,” ujarnya sewaktu di majlis sidang media Baik Punya Ah Long

Mengulas mengenai cabaran menjalankan penggambaran sewaktu PKP, Zizan yang memegang watak utama iaitu Aloy pula mengakui pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi kerana perlu sentiasa mengikut segala SOP yang ditetapkan.

“Sewaktu PKP memang job tiada, susah juga waktu itu. Susah sangat waktu shooting sebab hidung saya selalu kena ‘jolok’ untuk ikut SOP.

“Sukar sangat shooting sehingga kami ada toilet sendiri, saya harap semua boleh sokong sebab kesusahan untuk shoot filem ini bukan mudah,”kongsi Zizan.

BERITA TRENDING: Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

​BERITA TRENDING: Tak Rajin Berkomunikasi, Ramai Anggap Erin CTJ Sombong! - "Ramai Yang Tanya Kenapa Tak Pergi Ke …”

​BERITA TRENDING: Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

​BERITA TRENDING: Baik Punya Ah-Long No 1 Dalam Carta Di Pawagam Selepas Sehari Ditayangkan!

Baik Punya Ah-Long menampilkan raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan memegang watak 'ah long', di mana mereka menjalankan perniagaan pinjaman wang dengan konsep perniagaan yang luar dari kebiasaan.

Menggunakan tagline 'Semua Boleh Settle', filem ini mempertaruhkan 18 buah lagu yang dinyanyikan oleh barisan pelakon sendiri.

Untuk info, filem arahan pengarah Datuk Adflin Shauki itu akan ditayangkan di pawagam pada 12 September depan.

Selain Zizan dan Johan, antara pelakon lain membarisi filem berkenaan ialah Liyana Jasmay, Adibah Noor, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

Sinopsis:

Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Ale yang diminta oleh ayah mereka untuk menjalankan perniagaan. Meskipun Aloy dan Ale tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran ayah mereka. Jadi, wujudlah perniagaan pinjaman wang oleh Aloy dan Ale. Perniagaan mereka telah mengugat Lan Panda dan menyebabkan ketidakpuasan hati. Lan Panda mulakan agendanya untuk menghapuskan Aloy dan Ale.
#Filem #Johan #Astro #Afdlin Shauki #Zizan #Baik Punya Ah Long