Si cilik iras Neelofa, adik Che Naura Auni menyambut ulang tahunnya yang ke-6 pada minggu lalu dan menerima hadiah istimewa daripada ahli perniagaan berjaya tersebut.

Menerusi laman sosial Instagram, Naura memuat naik foto hadiah-hadiah yang diterimanya dari Neelofa untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah hari ni Naura dapat hadiah istimewa daripada aunty Neelofa. Terima kasih semoga dilimpahi rezeki yang luas, dipanjangkan umur. Naura happy sangat,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Alhamdulillah harini Naura dapat special gift fr her birthday tahun ni from Aunty @neelofa ♥️, Terima Kasih semoga dilimpahkan rezeki yang luas, dipanjangkan umur, Naura happy sangat☺️

A post shared by Che Naura Auni✨ (@nauraboniey) on

Menerusi pembalut yang dipegang, Naura menerima permainan daripada jenama Hamleys serta barangan daripada Cotton On Kids.

Mejengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut teruja apabila melihat Naura menerima hadiah daripada idolanya.

“Wow, beruntungnya Naura dapat hadiah istimewa daripada aunty Lofa,” tulis seorang wargamaya.

“Wah, bestnya aunty Neelofa ingat birthday Naura,” kata seorang wargamaya.

“Dapat hadiah dari seseorang yang istimewa, kembar dia pulak tu,” komen seorang wargamaya.

“Baiknya hati aunty Lofa,” puji seorang wargamaya.

“Wah untunglah aunty Lofa belanja. Happy birthday sayang,” ucap seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 25,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Terdahulu, Naura mendapat perhatian kerana wajahnya yang iras dengan Neelofa sehingga pernah diundang ke program MeleTOP untuk bertemu dengan selebriti popular itu.