Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Baiknya Semua Anak Murid Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Ni! Memang Behave Masa Sertai Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

Mya Amri
31/08/2024 15:06 MYT
Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini ternyata meriah dengan begitu banyak penglibatan dan pertunjukan perarakan yang menarik.


Penampilan istimewa

Antara yang menjadi perhatian adalah dua karakter dari karya popular Malaysia iaitu Keluang Man dan Kahar dari siri fenomena Project High Council juga turut membuat penampilan istimewa dalam acara tersebut.

Ini menyaksikan penampilan pertama watak Keluang Man lakonan Nas Muammar Zar untuk tatapan umum dengan sut rasmi di depan khalayak ramai, di samping Amir Ahnaf yang sinonim dengan karakter Kahar.

Pelakon Kelas Tahanan Cikgu Hiragi sporting

Tapi tidak terhenti di situ kerana para pelakon drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiragi juga turut sama memeriahkan perarakan yang berlangsung pada Sabtu di Dataran Putrajaya.

Antara pelakon yang terlibat adalah Evertts Gomes, Qistina Rania, Abby, Razin, Kim Azzim, Syed Khalique(kecik), Aiman Ameer, Aiman Shah, Miss Alvy, Nurel, Arabella, Arena Liya, Azqa, Syafiq, Baihaqi, Cora, Hakim Khan dan Aizat Saha.

Rata-rata penonton yang hadir juga kelihatan begitu teruja melihat pelakon yang hadir sambil memanggil nama mereka dan melambaikan tangan.

Lebih manis lagi apabila lambaian tangan penonton itu dibalas kembali oleh para pelakon beserta dengan senyuman.

Untuk info, Kelas Tahanan Cikgu Hiragi adalah mengisahkan tentang sebuah kelas yang seorang cikgunya menjadikan anak murid sebagai tahanan.

Tujuan itu dilakukan adalah untuk merungkai misteri kematian salah seorang anak muridnya.

Drama sebanyak 20 episod yang diterajui oleh Nadhir Nasar, Ersyha Emyra, Amira Rafik, Azlan Komeng, Riz Amin dan Ery Putra ini, bakal menemui penonton pada 25 September 2024.

Kelas Tahahan Cikgu Hiragi akan bersiaran setiap rabu dan khamis, jam 9:00 malam, di Astro Ria (saluran 104).

#Hari Kebangsaan #Merdeka #Kelas Tahanan Cikgu Hiragi
;