Hiburan

Baim Wong Dakwa Dicurangi Isteri, Paula Verhoeven Balas Ceramah: “Tenang Saja…”

gempak
Maliah Surip
09/10/2024
03:30 MYT
Sponsor Banner
Baim Wong Dakwa Dicurangi Isteri, Paula Verhoeven Balas Ceramah: “Tenang Saja…”
Episod kemelut rumah tangga Baim Wong masuk ke babak baharu selepas dia memfailkan permohonan cerai terhadap isteri, Paula Verhoeven.
Baim kemudian mendedahkan dirinya mahu bercerai dengan isteri yang telah melahirkan dua anak mereka itu kerana Paula berlaku curang bersama teman baik aktor itu sendiri.

BERITA TRENDING: Hanya Bertahan 6 Tahun, Baim Wong Failkan Cerai Terhadap Paula Verhoeven

Pada saat Baim sudah mendedahkan aib rumah tangga mereka, Paula masih memilih untuk tutup mulut.

BERITA TRENDING: Baim Wong Dakwa Isteri Curang Punca Mahu Cerai: “Lelaki Itu Teman Baik Saya”

Namun model tersebut dilihat ‘melawan’ dakwaan Baim yang mengatakan dirinya curang dengan memuat naik video ceramah dari salah seorang penceramah terkenal, Ustaz Hanan Attaki.
Pada ceramahnya itu, Ustaz Hanan Attaki menjelaskan respons yang seharusnya diambil oleh orang saat diperlakukan jahat atau tidak baik oleh orang lain.
Ustaz Hanan Attaki menyarankan agar orang-orang menyerahkan segala permasalahan hidup kepada Allah SWT dengan mengamalkan Surat Al Muzammil ayat 10 dan 11.
"Tenang saja, jangan reaktif, jangan responsif, jangan geram, jangan teruja. Abaikan mereka dengan cara yang baik," ujar isi ceramah tersebut seperti dilaporkan Kompas.
Selain video ceramah Ustaz Hanan Attaki, Paula juga menyelitkan pesanan dari Ali bin Abi Thalib yang berbunyi: "Tidak perlu menjelaskan dirimu kepada siapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlukan itu.
“Dan yang membencimu tidak akan percaya itu.”
Sebelumnya Baim akhirnya membenarkan khabar rumah tangganya menuju kemusnahan apabila memfailkan cerai kepada Paula selepas enam tahun berkahwin.

BERITA TRENDING: Paula Verhoeven Kata Suami Sibuk, Baim Wong Tak Tahu Isteri Tunai Umrah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024