Aktor kacak Indonesia, Baim Wong memecat salah seorang pemandu peribadi yang dipercayainya, Hamzah.

Baim mengumumkan perkara terbabit di salah sebuah video yang dikongsi di saluran YouTube miliknya.

Tidak menjelaskan sebab terperinci mengapa Hamzah dipecat, Baim dan isterinya, Paula Verhoeven hanya memberi alasan yang kesalahan yang dilakukan olehnya sangat berat.



Baim juga menyatakan dia terpaksa membuat pengumuman terbabit di laman YouTube kerana dia tak mahu nama baiknya disalahgunakan di masa hadapan.

Biarpun Baim dan Paula tidak memberitahu sebab sebenar, ramai netizen yang membuat andaian Hamzah dipecat kerana kantoi mencuri.

Sumber: Suara.com