Aktor popular Indonesia, Baim Wong berasa teruja kerana namanya dan isteri, Paula Verhoeven disenaraikan oleh Pegawai Eksekutif (CEO) YouTube, Susan Wojcicki dalam lima individu berpengaruh di bulan Ramadan.
Baim berkongsi kegembiraan itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Menurut Baim, dia berasa terharu kerana Susan hanya menyenaraikan lima individu dari seluruh dunia menerusi hantaran di Twitter baru-baru ini.
"Susan Wojcicki adalah CEO YouTube untuk seluruh dunia, saya sangat gembira kerana nama saya dan isteri turut tersenarai dalam tweetnya baru-baru ini.
"Cuma ada lima orang di dunia yang ditampilkan olehnya, saya terkejut apabila ada nama saya dan isteri di situ," tulisnya.
Dalam entri yang sama, Baim turut berkongsi foto paparan skrin menunjukkan senarai yang ditulis oleh Susan itu.
Difahamkan, usaha Baim dalam Gerakan Memakai Mask (Gemas) di Indonesia ketika krisis COVID-19 telah mendapat perhatian daripada CEO YouTube tersebut.
Selain itu, Baim dan isteri juga aktif berkongsi rutin harian mereka dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita