Hiburan
"Baju Buat Wanita Trauma Dia Boleh Pakai" - Baju Polkadot Eyka Farhana Disamakan Pakaian Wad Bersalin
Ruangan komen Instagram pelakon Eyka Farhana menarik perhatian netizen apabila ada yang mula menyamakan baju bercorak polkadot merah jambu yang dipakainya mirip baju wad bersalin hospital kerajaan.
Eyka kini berada di kepulauan Bali, Indonesia sejak beberapa hari lalu untuk bercuti bersama kenalan rapat dan adiknya, Dyba Farhana.
"Somewhere in Bali," tulis Eyka ringkas.
Seperti sedia maklum, bagi wanita yang melalui proses bersalin atau unit obstetrik di hospital kerajaan, mereka dikehendaki menukar pakaian berwarna merah jambu yang disediakan oleh pihak hospital.
"Baju Eyka pakai macam baju time kat wad bersalin," tulis @fahnasani.
"Corak macam baju hospital untuk ibu mengandung," tambah @hanimfeey.
"Haa la, sama pula tu. Baju yang buat semua wanita trauma tu dia boleh pakai?" sahut @fatihahbtramli.
"Jangan pakai macam tu depan orang ramai nanti tak ada keistimewaan untuk suami kamu," tambah pengguna lain.