Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
GAYA HIDUP

Baju Kurung Rizman Ruzaini Terjual Lebih 300,000 Helai

Amri Hassan 23/02/2025 | 07:08 MYT
Koleksi ikonik, RR by Rizman Ruzaini Basic Kurung Collection menjadi antara koleksi Raya paling laris terjual sejak diperkenalkan lima tahun yang lalu.
Ia menjadi koleksi signatur RR by Rizman Ruzaini bukan sahaja untuk dipakai ketika menjelang Syawal, malah menjadi pilihan kebanyakan RR Royalties sebagai pakaian ke pejabat atau majlis harian kerana rekaannya yang praktikal sebagai sepasang baju kurung asas yang klasik dan selesa digayakan.
Sesuatu yang membanggakan apabila rekod jualan mencatatkan lebih 300,000 RR by Rizman Ruzaini Basic Kurung terjual dalam tempoh lima tahun ini dengan 60 jenis warna diperkenalkan saban tahun.
Dibuat daripada fabrik poliester, baju kurung ini memberikan jatuhan kain yang terletak kemas pada susuk tubuh pelbagi saiz. Salah satu ciri ikonik koleksi ini adalah lengan puff pada bahu yang menambah elemen keanggunan dan femininiti pada rekaan.
Lengan bahu puff ini menghasilkan memberi ilusi bahu lebih tinggi dan gaya gah. Potongan skirt gaya duyung yang lengkap dengan godet belakang juga menjadikan pergerakan setiap langkah lebih menarik.
Nafas Baru Sempena Ulang Tahun Rizman Ruzaini ke-20 Tahun
Berita gembira tahun ini, RR by Rizman Ruzaini Basic Kurung Collection dimunculkan sekali lagi dengan tiga potongan berbeza; Kurung Pahang, Kurung Pahang Pleated, dan Kurung Kedah Pleated yang diberi nafas lebih segar, moden dan elegan. Koleksi ini menawarkan 34 pilihan warna kosong yang memudahkan suaipadan gaya sedondon bersama si dia dan keluarga Syawal nanti.
Sebagai tanda penghargaan, setiap koleksi Kurung ini disertakan sehelai selendang sifon bercetak dan sebutir kerongsang bertahta permata secara percuma melengkapkan keanggunan si pemakai.
Selendang ini boleh digayakan dengan pelbagai cara—sama ada dipakai sebagai tudung kepala atau dipin di bahu, sebagai aksesori tambahan pelengkap gaya klasik dan mempesona.
Palet warna yang ditawarkan memastikan ada warna yang sesuai untuk setiap citarasa RR Royalties bagi memudahkan mereka menyuaipadankan pakaian mereka dengan pasangan atau seisi keluarga. Rekaan warna polos tanpa corak ini juga memudahkan mix and match pakaian tersebut dengan apa jua aksesori seperti tudung, kasut dan beg tangan.
Pilihan Sedondon Dengan Baju Melayu dan Koleksi Kanak-Kanak
Tahun ini juga, koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini turut menawarkan seleksi baju Raya untuk golongan lelaki seperti Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga dan Kurta dengan pelbagai pilihan warna yang boleh dipakai tidak kira ketika perayaan atau hari biasa seperti menunaikan solat Jumaat atau majlis formalnya. Rekaan ini juga disediakan untuk memudahkan pasangan mencari warna sedondon dalam satu jenama yang sama.
Diperbuat daripada material kain berkualiti tinggi, terletak kemas pada tubuh dan mudah digosok, ia pastinya tidak membuatkan para lelaki ’rimas’ atau ’lemas’ untuk bergaya tradisi dan klasik sepanjang hari.
Tidak hanya untuk koleksi raya ibu dan ayah, RR by Rizman Ruzaini juga turut menawarkan seleksi baju Raya untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang boleh digaya sedondon seisi keluarga. Rekaan dan warna yang sama dengan koleksi dewasa dihasilkan untuk memudahkan pencarian dan menjimatkan kos dan masa para pelanggan.
#Gaya Hidup #Fesyen #Rizman Ruzaini #Baju Kurung