,
Viral

"Baju Melayu Ketat Boleh Pula Orang Terima" - Pereka Fesyen Baju Melayu Oversized Kecewa Didakwa Rosakkan Budaya Melayu

Amri Hassan
24/05/2019
09:09 MYT
Pereka fesyen baju Melayu viral oversized, Kel Wen, mengakui terkesan dengan dakwaan dia cuba merosakkan budaya Melayu melalui fesyen yang diperkenalkannya.
Kata Kel Wen, biarpun cuba melihat daripada sudut positif, masih ada segelintir pengguna media sosial yang bertindak agresif dengan melemparkan komen yang menyakitkan hati saban waktu.
"Pertama sekali apabila baju Melayu rekaan saya viral, saya sangat risaukan kawan-kawan saya yang menjadi model koleksi baju Melayu oversized saya. Sebolehnya saya mahu menjaga perasaan mereka kerana banyak membantu saya.
"Kemudian saya cuba melihat komen dan kritikan itu daripada sudut positif, sedikit sebanyak ia menjadi sebahagian daripada publisiti untuk jenama saya tetapi saya kecewa apabila dituduh cuba merosakkan budaya Melayu.
"Mungkin orang sudah menerima sesuatu pembaharuan dalam fesyen tetapi saya yakin rekaan saya ada keunikan dan fungsi tersendiri," katanya kepada Gempak.
Baju Melayu oversized yang dikeluarkan menerusi jenama Behati mendapat perhatian meluas dalam kalangan warganet sejak diperkenalkan sekitar dua minggu lalu.
Pelbagai komen berbaur negatif diterima Kel Wen namun ia tidak menjatuhkan semangatnya untuk terus berkarya.
Ikuti juga temubual ringkas ini bersama pemilik jenama Behati mengenai isu baju Melayu oversized:
1. Apa komen anda apabila ada yang menuduh anda cuba merosakkan ciri-ciri baju Melayu yang seharusnya dikekalkan dengan rekaan klasik sepanjang zaman?
Sekarang pun banyak pakaian terutama baju Melayu yang direka mengikut bentuk badan dan ketat. Adakah itu mengikut ciri-ciri sebenar baju Melayu?
Saya menyelidik dan mengkaji ciri-ciri baju Melayu, belajar daripada aspek rekaan dan sejarahnya sebelum memutuskan untuk membuat sedikit ubahan pada pakaian ikonik ini. Konsep oversized adalah trend dari Eropah yang sudah diterima bertahun-tahun sebelum ini, cuma saya mengambil konsep itu dan digunakan atas baju Melayu saya.
Kolar cekak musang, lengan, kekek, pesak, kocek semuanya kekal pada baju Melayu oversized Behati. Cuma ada satu ciri baju Melayu yang telah diubah dan diperbaiki iaitu lidah pada kolar. Lidah kolar Baju Behati tidak mempunyai lubang butang kerana ia digantikan oleh butang snap yang disembunyikan di antara lidah kolar.
Cara ini orang boleh pakai tanpa butang dan untuk lebih bergaya boleh ditambah dengan brooch Behati yang dapat dipin atas kolar. Jadi, adakah salah untuk seseorang Muslim mengenakan pakaian oversized?
2. Secara terperincinya, boleh anda jelaskan mengenai perincian fabrik, siluet dan konsep baju Melayu Behati?
Baju Melayu oversized Behati direka untuk nampak lebih besar pada pemakai. Fungsinya adalah untuk memberi pengudaraan supaya tidak panas dan dipakai selesa. Behati menggunakan fabrik Duchess Satin yang mampu memberi struktur dan efek berkilat.
3. Apakah nasihat atau kata-kata anda kepada netizen yang sentiasa mengecam produk baju Melayu oversized Behati?
Jangan komen tanpa pengetahuan. Tradisi dibina dari manusia berabad-abad lalu yang diturunkan dalam budaya hingga ke zaman kita.
4. What’s next from Behati?
KL Fashion Week 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Sebak! Ratu Cantik Malaysia Sandra Lim Lolos Top 30 Miss Universe, Tamatkan Kemarau 53 Tahun

gempak
17/11/2024
02:33 MYT
Ratu cantik Malaysia, Sandra Lim sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya menempatkan diri antara 30 peserta terbaik Miss Universe 2024 yang sedang berlangsung di Mexico.
Hiburan

Belasungkawa: Berpulangnya Komposer 1,000 Karya & Bapa Lagu Raya, S. Atan Pernah Pesan: “Jika Saya Sudah Tiada…”

gempak
16/11/2024
22:53 MYT
S Atan meninggal dunia kerana sesak nafas.
Hiburan

"Kita Hilang Seorang Yang Begitu Bermakna Dalam Industri Muzik" - Jamal Abdillah

gempak
16/11/2024
19:12 MYT
Pemergian komposer terkenal Datuk S. Atan yang meninggal dunia hari ini pada usia 75 tahun disifatkan sebagai kehilangan besar kepada industri muzik tanah air.
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Unitar