Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Baju Melayu Tak Perlu Aneh-Aneh, Aeril Zafrel; "Hipster Sangat Pun Orang Tak Suka Juga"

Amri Hassan
09/03/2023 13:55 MYT
Atas dasar fesyen, baju Melayu yang menjadi pakaian tradisi sejak berzaman-zaman lalu semakin berani diolah dan diberikan suntikan nafas baharu.

Ada sebahagian rekaan baju Melayu di pasaran semasa sudah hilang keaslian dan estetika. Ada yang menjadikan potongan baju Melayu terlalu sendat, ada juga yang oversized, malah tak kurang juga ada yang menukar elemen baju Melayu menjadi lebih seksi dengan penggunaan fabrik misalnya transparent.



Biarpun pelbagai transformasi diberikan ke atas pakaian tradisi Melayu, pelakon Aeril Zafrel yang muncul dengan koleksi terbaharu berkolaborasi bersama HijabistaHub, Soultan, percaya baju Melayu tidak perlu terlalu hipster.

"Saya dah jual baju Melayu lebih lima tahun, peminat tak suka terlampau fancy, trendy sangat. Mereka suka baju Melayu macam dulu-dulu cuma kelebihan adanya butang yang pelbagai serta aksesori ringkas untuk menambahkan seri.

"Malah, kalau sepasang baju Melayu itu dipotong dan dijahit cantik, tambah pula warna yang menarik, orang akan senang terpaut!

"Baju Melayu tak perlu diubah-ubah jadi sesuatu lain. Ia takkan laku, hanya dibeli orang tertentu. Terlampau moden pun orang tak gemar," katanya.

A post shared by HIJABISTAHUB ® (@hijabista.hub)


Jenama Soultan diberikan oleh Aeril sendiri menerusi kerjasama sulung bersama HijabistaHub tahun ini. Malah, koleksi itu pertama kali dilancarkan dan dipamerkan kepada khalayak dalam acara yang berlangsung di JW Mariott Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

A post shared by HIJABISTAHUB ® (@hijabista.hub)


HijabistaHub merupakan sebuah jenama pakaian wanita yang sudah mula bertapak sejak tahun 2016. Pertunjukkan fesyen yang diadakan ini merupakan acara yang julung kalinya diadakan setelah 8 tahun berada di dalam industri fesyen tanah air.

Pembukaan acara berkenaan dimulakan dengan memperkenalkan satu jenama baru iaitu Soultan yang membawakan koleksi Baju Melayu. Perbarisan berpanji yang membawa keris ke pentas utama membuka tirai sebagai simbolik pelancaran kepada jenama berkenaan.

Selain itu, pelbagai koleksi pakaian bagi wanita yang ditampilkan dalam pertunjukkan berkenaan yang berunsurkan elemen moden klasik dengan sentuhannya yang begitu menawan.

Dalam pada itu, turut ditampilkan empat koleksi eksklusif daripada Wawa Zainal. Kehadiran beberapa orang kerdil dengan mengusung Wawa Zainal ke pentas utama menjadikan gimik yang sangat istimewa sebelum pengenalan kepada koleksi berkenaan.

Koleksi yang ditampilkan oleh HijabistaHub ini membuktikan bahawa kualiti dan karya jenama tempatan juga mampu untuk berada setanding dengan hasil karya jenama antarabangsa diluar sana.

Turut ditampilkan dalam pertunjukkan fesyen ini barisan selebriti-selebriti antaranya ialah Alif Aziz & Bella Astilah, Mawar Rashid & Raf Yaakob, Amyra Rosli & Iman Troye.
Tidak ketinggalan mereka memperkenalkan barisan pempengaruh media sosial yang tidak asing lagi iaitu, Ryan Bakery & Boss James.

Sebahagian koleksi HijabistaHub sudah boleh didapati di laman web rasmi www.HijabistaHub.com dan butik di Setia Alam, FourSeason Kuala Lumpur, Kelantan dan booth mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru.

A post shared by HIJABISTAHUB ® (@hijabista.hub)


#Aeril Zafrel #Baju Melayu #Hipster #Hijabistahub #Soultan