Baju Melayu 'Thor' Erry Putra Siap Ada Mantel Untuk Buat Sejadah? So Clever!

Amri Hassan
Mei 13, 2019 03:17 MYT
Perang baju Melayu masih rancak! Biarpun sudah memasuki minggu kedua Ramadan masih ada jenama tempatan yang mengeluarkan rekaan baharu dan berinovasi.
Pelakon Erry Putra juga tidak ketinggalan untuk memasarkan rekaan baju Melayu uniknya sendiri.
Difahamkan rekaan baju Melayu moden yang dilengkapi mantel (cape) pada bahagian belakang itu boleh dipakai dan ditanggalkan mengikut citarasa masing-masing.
Malah, Erry turut memuat naik foto baju Melayunya itu di Instagram peribadinya pagi tadi.
"Setiap benda yang diciptakan ada sebabnya..baju raya ni pun ada cerita ia..
"Nak tau ke apa dan apa gunanya benda kat belakang tu haha..jangan cakap tu baju Avengers sudahlah hahaha," tulisnya.
Entri itu menarik perhatian ramai hingga ada yang menamakan baju Melayu itu dengan pelbagai panggilan antaranya Superman Muslim dan baju Melayu Thor.
Malah, fungsi mantel pada bahagian belakang baju Melayu itu disifatkan netizen boleh digunakan sebagai sejadah.
Logik atau kreatif?
#Viral #Viral #Baju Melayu #Erry Putra