Hiburan

“Baju Mesyuarat PIBG” - Pakai Kemeja Seakan Corak Batik, Ahli BTS Ini Diusik Netizen

gempak
Azwa Rahman
27/11/2019
11:50 MYT
Sponsor Banner
“Baju Mesyuarat PIBG” - Pakai Kemeja Seakan Corak Batik, Ahli BTS Ini Diusik Netizen
Kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS mencuri perharian wargamaya Malaysia apabila salah seorang ahli kumpulannya mengenakan kemeja seakan corak batik ketika membuat persembahan.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @syihax berkongsi foto Kim Taehyung ketika membuat persembahan di Stadium Zozo Marine, Jepun. “”Baju mesyuarat PIBG,” tulis pengguna tersebut sambil mengulang kicau foto-foto yang dikongsi oleh peminat BTS.
Kemeja tersebut dibandingkan dengan kemeja batik yang sering dipakai oleh penjawat awam pada setiap hari Khamis.
Tidak terkecuali golongan pengetua yang sering mengenakan kemeja batik jika menghadiri mesyuarat penting.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya terhibur dengan kicauan pengguna tersebut. Biarpun seakan bercorak batik, kemeja daripada jenama OAMC itu berharga USD1,038 (RM4,300)!
Kicauan tersebut sehingga kini telah menerima hampir 15,000 ulang kicau dan lebih 16,000 tanda suka daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live