“Baju Mesyuarat PIBG” - Pakai Kemeja Seakan Corak Batik, Ahli BTS Ini Diusik Netizen

Azwa Rahman
November 27, 2019 11:50 MYT
Kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS mencuri perharian wargamaya Malaysia apabila salah seorang ahli kumpulannya mengenakan kemeja seakan corak batik ketika membuat persembahan.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @syihax berkongsi foto Kim Taehyung ketika membuat persembahan di Stadium Zozo Marine, Jepun.

Baju Mesyuarat PIBG https://t.co/ily2Zko0gZ

— syihakookie (@syihax) November 25, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“”Baju mesyuarat PIBG,” tulis pengguna tersebut sambil mengulang kicau foto-foto yang dikongsi oleh peminat BTS.
Kemeja tersebut dibandingkan dengan kemeja batik yang sering dipakai oleh penjawat awam pada setiap hari Khamis.
Tidak terkecuali golongan pengetua yang sering mengenakan kemeja batik jika menghadiri mesyuarat penting.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya terhibur dengan kicauan pengguna tersebut.

Buat baju batik asrama pun cantik ?

— im kentang ? (@mochygloss) November 25, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Adun masuk kampung pun ada

— Noor (@myra_sky) November 25, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Baju setiap hari khamis dekat sek menengah ?

— ???? ? #JINFESTA2019 (@angelofjhs) November 25, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aku sanggup pergi bilik baju cari baju abah aku kot kota ada lebih kurang kan? dia pun cikgu?

— fashaaa (@fashaaa17) November 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Biarpun seakan bercorak batik, kemeja daripada jenama OAMC itu berharga USD1,038 (RM4,300)!
Kicauan tersebut sehingga kini telah menerima hampir 15,000 ulang kicau dan lebih 16,000 tanda suka daripada wargamaya.
#Fesyen #Netizen #BTS