Laman Utama

Baju Plastik Sampah Sherry, Glove Ajumma Ziana Zain Dan Baju Tempayan Ernie Zakrie

gempak
Mya Amri
15/03/2021
02:31 MYT
Sponsor Banner
Baju Plastik Sampah Sherry, Glove Ajumma Ziana Zain Dan Baju Tempayan Ernie Zakrie
Setiap kali majlis anugerah diadakan sudah tentu busana digayakan selebriti pasti menjadi perhatian, begitu juga di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung malam tadi.
Maka tidak hairanlah sekiranya pelbagai fesyen yang digayakan selebriti menjadi usikan netizen terutamanya di media sosial.
Lumrah netizen, ada yang mengeji dengan memberikan komen berunsur kritikan tetapi ada juga segelintir mereka mengusik hanya sekadar untuk suka-suka sahaja.
Di sini Gempak senaraikan antara busana yang menjadi bualan di media sosial.
1.Gaun hitam Sherry Alhadad yang menjadi mangsa kritikan netizen apabila bahagian lengan persalinan itu disamakan dengan plastik sampah.
2.Baju Ernie Zakrie dan Aina Abdul juga tidak ketinggalan menjadi mangsa.
3.Baju Hazama disamakan dengan baju kelawar.
4.Baju Haziq dikatakan seperti baju katering.
5.Netizen usik Azlan Typewriter, keliru kerana penampilan Lan kelihatan seperti Cef terkenal Malaysia iaitu Cef Wan.
6.Selain busana disamakan dengan baju pramugari Qatar Airways, netizen juga mengusik Ziana Zain dengan mengatakan sarung tangan yang dipakainya seolah-olah sama dengan karakter ajumma (makcik) dalam drama Korea.
AJL35 menyaksikan lagu Gila ciptaan dari Noki, Loca B serta Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Kaka Azraff, Noki dan Loca B diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) yang berlangsung di MBSA Shah Alam, malam tadi.
BACA: Gila Juara AJL 35
Selain penampilan dan busana yang menjadi bualan hangat netizen, penyanyi Nabila Razli juga merupakan antara topik trending di Twitter.
BACA: “Ya Allah Kesiannya, Boleh Nampak Dia Tertekan” - Malang Buat Nabila Razali, Terkucil Di Pentas Final AJL35
BACA: “I’m So Sorry…” – Nabila Razali Mohon Maaf Kepada Hael Husaini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024