Hiburan
"Baju & Props Hampir Seribu Pasang..." - Nasha Aziz Pernah Berbelanja Besar Untuk Penggambaran
Aktres popular, Nasha Aziz, 49, akui telah berbelanja besar pada usia mudanya untuk membeli pakaian dan props dalam filem dan drama lakonannya.
Menurut Nasha, dia tidak kisah untuk mengeluarkan wang sendiri kerana dia mencintai dunia lakonan.
"Dahulu, saya memang banyak berbelanja membeli pakaian, kasut dan props untuk dipakai ketika berlakon.
"Saya sering ditawarkan watak wanita kaya, jadi saya harus mencari inisiatif sendiri dengan membeli apa yang diperlukan untuk menghidupkan watak sebegitu.
"Jika dihitung semula, boleh saya katakan semua baju, kasut dan props lain menghampiri seribu pasang secara keseluruhan," katanya.
Walaubagaimanapun, Nasha kini memilih untuk tidak lagi berbelanja besar kerana mahu memanfaatkan wang pada kegunaan lain.
"Sekarang, saya merasakan lebih elok saya memilih watak yang tidak memerlukan saya berbelanja besar.
"Untuk perigkat umur sekarang, sudah tentu saya akan memanfaatkan wang pada kegunaan lain yang lebih penting," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Nasha bakal muncul dalam filem terbaru lakonannya iaitu Talbis Iblis.
Selain Nasha, filem tersebut turut dibintangi oleh Zul Arifin, Azira Shafinaz, dan Amir Nafis.
Talbis Iblis arahan Khabir Bhatia dan diterbitkan oleh Infinitus Productions itu dijangka menjengah pawagam pada penghujung tahun ini.
Must-Watch Video