Baju Raya Lengan Pendek Erry Putra, Kalau Nak Boleh Order!

Fiza Kamarudin
Mei 16, 2019 16:13 MYT
Sebelum ini pelakon dan penyanyi Erry Putra menjadi sebutan kerana rekaan ‘baju melayu Thor’ yang dilengkapi mantel di bahagian belakang.
Kali ini, baju melayu Erry Putra yng menjadi bualan ialah yang berlengan pendek! Unik kan?
Menjelang 12 hari Ramadan, Erry semakin giat mempromosikan baju melayunya di akaun Instagram (IG) peribadinya.
Menurut Erry menerusi salah sebuah entri, tahun ini dia mengeluarkan baju yang ‘simple’ berlengan pendek pelbagai warna dengan harga mampu milik.
Busana tradisional yang telah dimodenkan itu juga didatangkan dalam dua jenis jahitan leher yang berlainan iaitu, ‘Cekak Musang’ dan ‘Teluk Belanga’.
Wow! Dalam ‘kemodenan’ masih terselit elemen tradisional! Sesiapa yang berkenan, bolehlah cepat-cepat order ya…Bukannya apa, takut habis nanti, gigit jari!
#Erry Putra #Raya 2019 #Baju Melayu Lengan Pendek