Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Baju Raya Tak Sama, Tahun Depan Mungkin Sama” - Sweet Qismina, Adam Lee Kahwin Tahun Depan

Mya Amri 23/04/2022 | 11:38 MYT
Pasangan selebriti, Sweet Qistina dan tunangnya, Adam Lee bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan.
Menurut Adam, walaupun sibuk dengan kerja namun mereka kini sudah mula merangka persiapan untuk ke jenjang pelamin.
“Tahun ini warna baju raya kami tidak sama tetapi tahun depan… Insya-Allah sama.
“Kami dah buat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan tahun depan cuma tarikhnya sahaja yang belum diumumkan.
“Bukan senang untuk berkahwin, nak bina rumah kena ada tapak dulu, jadi kita lakukan fasa demi fasa,” kata Adam kepada Gempak.
Adam dan Sweet ditemui pada majlis berbuka puasa dan tayangan perdana program raya Astro bertempat di Nexus Connexion Conference & Event Centre, Bangsar pada Jumaat.
Sementara itu, Sweet memaklumkan majlis perkahwinan mereka tetap akan dilakukan dengan teliti dan berhati-hati walaupun negara sudah memasuki fasa endemik.
“Kami mungkin akan pecahkan kepada beberapa majlis. Walaupun sudah memasuki endemik namun kita tetap perlu utamakan keselamatan.
“Jadi amat penting untuk mengikut SOP (prosedur operasi standart) dan jaga sama-sama kita. Kami tidak mahu nanti majlis ini menjadi punca masalah sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku kelak.
“Saya juga yakin pasti ramai yang memahami sekiranya kami mengehadkan jumlah tetamu. Sekarang zaman digital jadi kalau buat secara langsung di YouTube atau media sosial lain pun orang akan faham juga dengan situasi,” jelasnya.
Terdahulu, Adam dan Sweet telah mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta.
Dalam perkembangan terbaharu pasangan ini bakal muncul dalam drama bersiri Cik Misi 123 tidak lama lagi.
#Kahwin #Sweet Qismina #Adam Lee
;