"Baju Roti Tisu, Baju Lupa Nak Buang Hanger, Plastik Sampah..." - Pereka Fesyen Busana Sarah Suhairi Turut Pernah Hasilkan Pulut Durian & Bebola Daging!
Kamaruddin Razal
05/02/2019 12:29 MYT
05/02/2019 12:29 MYT
Busana yang disarungkan oleh juara Big Stage, Sarah Suhairi di malam Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) lalu mendapat perhatian ramai.
Lumrah netizen, ada yang mengeji dan memberikan komen berunsur kritikan menjatuhkan tetapi ada juga segelintir peminat yang memuji busana yang direka oleh pereka fesyen duo di bawah label Seth & Luna ini.
Diterajui oleh dua jejaka, Irie Mohamad dan Jimiey Whang, mereka nyata terhibur dengan idea rakyat Malaysia.
Menerusi entri terbaru di laman Instagram mereka, Seth & Luna menyifatkan rakyat Malaysia kreatif dan mempunyai imaginasi yang luas.
"Baju roti tisu, baju lupa nak buang hanger, plastik sampah, Gunung Kinabalu dan pelbagai lagi. Sesungguhnya kami terhibur dengan setiap daripada ideologi rakyat Malaysia. Alhamdulillah, rakyat Malaysia ternyata kreatif dan luas imaginasinya.
"Dengan ini kami sertakan juga rendisi Busana tahunan yang bertemakan makanan dari SETH & LUNA:
2019 : Sarah suhairi Roti Tisu untuk #ajl33
2018 : Pulut Durian untuk #GenF #generasifesyen
2017: Mira Filzah Bebola Daging untuk #abpbh2017
"Disaat anda membaca posting ini, kami sudahpun “memasak” beberapa baju untuk dihidangkan buat tahun hadapan. Salam Sayang," tulis mereka di ruangan kapsyen.
Sebelum ini, Seth & Luna pernah menyertai program pencarian pereka fesyen tempatan Gen F musim pertama yang bersiaran di Astro Ria tahun lalu dan bergelar naib juara.
Kredit foto: Instagram Seth & Luna