Bakal Adik Ipar Memang Cantik, Manakala Adam... - Aishah Sinclair

Mya Amri
Ogos 6, 2017 05:52 MYT
Penyampai radio MIX.fm, Aishah Sinclair berkongsi ekspresi lucu wajah adiknya, Adam Sinclair ketika majlis pertunangannya bersama Yuna.
Sesuai dengan nama akaun Instagramnya @adamyousofunny, gelagat dan mimik muka Adam sememangnya mencuit hati.
Foto itu dikongsi oleh Aishah menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi dengan hashtag #relaxbro beserta kapsyen,
"Manakala adik saya pula.... Haish," tulisnya ringkas.
Selain itu, Aishah juga turut berkongsi beberapa foto majlis di pertunangan Adam dan Yuna.
Tidak ketinggalan, isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari juga tidak ketinggalan mengabadikan momen indah itu menerusi entri terbaru di Instagramnya.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik pertunangan Adam dan Yuna.
Teks oleh: Mya Amri
#Yuna #Tunang #Aishah Sinclair