Laman Utama
Bakal Berentap Dengan Ernie Zakri & Marsha Milan, Aina Abdul Akui Gementar “Of Course Pressure!”
Penyanyi Aina Abdul mengakui gementar untuk bersaing dengan Ernie Zakri dan Marsha Milan di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 37 yang akan berlangsung pada 25 dan 26 November depan.
Menyedari sering dibandingkan, Aina menjelaskan dia tetap menghormati kedua-dua figura tersebut sebagai penyanyi yang lebih senior daripadanya. Malah Aina hanya mahu melakukan yang terbaik pada persembahananya.
“Tipulah kalau tak rasa tertekan, of course pressure! mereka adalah rakan artis yang saya hormati. Mereka memulakan kerjaya seni lebih awal daripada saya.
“Saya sentiasa mengikuti karya-karya terbaharu yang dikeluarkan oleh mereka.
“Saya tahu dekat luar sana ramai yang membandingkan kami, namun ini lah adat pertandingan pada saya. Saya happy dengan mereka.
“Saya hanya mahu nyanyi yang terbaik untuk semifinal nanti,” katanya kepada Gempak ketika ditemui baru-baru ini.
Terdahulu, lagu nyanyian Aina berjudul Terus Hidup berjaya mara ke pentas separuh akhir Muzik-Muzik 37, manakala Ernie menerusi lagu Korban dan Marsha pula menerusi lagu Kembali Terang.
Ditanya mengenai persiapan menjelang pentas separuh akhir program tersebut, Aina menjelaskan dia sudah pun mempunyai beberapa perancangan untuk dilakukan dalam persembahannya.
“Untuk semifinal saya dah ada plan dah pun. Saya datang dengan satu semangat yang lain macam sikit kali ini, kerana saya lebih faham apa yang saya inginkan.
“Berbanding tahun-tahun yang lepas, kali ini Insya-Allah lebih matang dengan berbekalkan pengalaman yang saya kutip. “Saya hanya mahu buat yang terbaik, daripada segi look yang akan ditampilkan pun sudah ada, namun harap peminat yang akan tengok nanti mereka hargai dan happy dengan hasilnya,” tambahnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video