Bakal Berkahwin 19 Mei 2018, Gambar Pertunangan Putera Harry & Meghan Markle Didedahkan

Amri Hassan
Disember 22, 2017 03:44 MYT
Istana Kengsinton London mengeluarkan gambar-gambar rasmi bagi meraikan pertunangan Putera Harry dan Meghan Markle.
Potret hitam putih pasangan itu disiarkan bersama gambar berwarna yang menampilkan Harry dan Meghan duduk sambil memegang tangan.
Imej hitam putih pasangan ini tersenyum dirakam di sekitar kediaman di Frogmore House, Windsor.
Meghan memakai baju panas berwarna putih, memegang wajah Putera Harry dengan cincin pertunangannya jelas kelihatan.
Satu lagi imej menampilkan pasangan itu dalam pakaian lebih formal, dengan Putera Harry memakai sut berwarna biru gelap, sementara Meghan memakai gaun labuh hitam bersulam emas oleh rumah fesyen terkenal British, Ralph and Russo.
Kedua-dua imej ini dirakamkan oleh jurugambar fesyen terkemuka Alexi Lubormirski, awal minggu ini di Frogmore House, Windsor.
Istana Kensington turut menyiarkan gambar ketiga, sebagai tanda terima kasih atas ucapan tahniah kepada pasangan itu.
Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan di gereja St George, Istana Windsor, Mei tahun depan.
Putera Harry dan Meghan mengesahkan pertunangan mereka November lalu.
Mereka diperkenalkan kenalan menerusi satu temujanji rahsia pada 2016.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: CNN, Astro Awani
#Tunang #Meghan Markle #Prince Harry