HIBURAN
Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat? Ini Respon Amira Othman - “Yang Baik-Baik Kita ...”
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai spekulasi bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Menurut Amira atau Nadia Amira Othman, 32, dia lebih selesa untuk merahsiakan perkara tersebut buat masa ini dan menyerahkan segala-galanya kepada takdir.
“Saya tak berani nak kongsi lebih-lebih tapi doa yang baik-baik kita aminkan. Saya pun tak tahu bagaimana takdir pada masa akan datang, yang baik-baik kita aminkan untuk semua.
“Semua berita InsyaAllah yang baik-baik, saya juga berharap anda mendengar berita yang baik-baik. Kita anak seni ini semua ada macam-macam cerita jadi harap semua yang baik-baik untuk anda semua,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelantun lagu Hati-Hati itu juga berkata sekiranya hari bahagia itu tiba dia pasti akan berkongsi berita tersebut kepada umum.
Bagaimanapun, dia menganggap apa yang diperkatakan sekarang hanyalah satu usikan daripada peminat sahaja.
“Tak adalah (bakal kahwin),kalau dah nak dekat pasti saya akan kongsikan tapi kita dengar macam-macam spekulasi. Hari tu ada yang teka bulan lima tapi saya ada show dekat Johor.
“Itu semua hanya spekulasi dan usikan daripada peminat,” ujarnya.
Amira Othman ditemui Gempak selepas selesai mengacarakan program Meletop bersama Namie pada Selasa.
Must-Watch Video