Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bakal Bernikah Dalam Masa Terdekat, Fattah Amin & Fazura Bersanding Tahun Hadapan

Syafiqah Jalal
23/11/2017 13:59 MYT
Pasangan Fattah Amin dan Fazura akui bakal melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat.

Fattah, 27, berkata kini dia dan Fazura dalam proses permohonan pernikahan.

"Kami akan melalui proses yang sama seperti orang lain untuk bernikah.

"Dokumen berkaitan permohonan telah dikemukakan bagi proses selanjutnya.

"Kami juga sedang dalam rangka untuk menghadiri kursus perkahwinan.

"Bila semuanya sudah selesai, kami akan berkahwin dalam masa terdekat ini," katanya.

Pasangan ini ditemui selepas sidang media tergempar di Hotel Royale Chulan, petang tadi.

Bagaimanapun, Fazura, 34, memberitahu majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga mereka sahaja.

"Demi menjaga privasi keluarga kami, ia akan diadakan sesi pernikahan secara tertutup.

"Sementara resepsi pula kami akan adakan pada tahun hadapan.

"Bagaimanapun, kedua-dua belah pihak keluarga belum memutuskan tarikh yang tepat dan persediaan ke arah resepsi.

"Namun, yang pasti akan ada dua resepsi yang akan kami adakah nanti.

"Satu resepsi akan diadakan khas buat keluarga dan media, sementara sebuah lagi resepsi untuk dirai bersama peminat," katanya.

Setelah meninggalkan beberapa spekulasi tentang status hubungan mereka, hari ini akhirnya terlerai semua persoalan.

Pasangan ini mengumumkan mereka telah melangsungkan pertunangan di rumah keluarga Fazura pada 13 November lalu.

Sementara keeesokan harinya, satu majlis kesyukuran dan doa selamat sempena ibadah Umrah sebelum berangkat ke tanah suci diadakan.

Teks & Foto oleh: Syafiqah Jalal

#Kahwin #Fattah Amin #Fazura #Kahwin #Tunang #Fazura #Fattzura
;