Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bakal Berpantang Anak Kedua 44 Hari, Neelofa Nak Pilih Khidmat Bidan Kampung

Mya Amri
27/06/2023 11:00 MYT
Pengacara dan usahawan selebriti, Neelofa memilih untuk berpantang secara tradisional selepas melahirkan anak keduanya.

Menurut Neelofa, dia akan menggunakan perkhidmatan bidan kampung dari Terengganu sepanjang tempoh pantang selama 44 hari.

Malah kata isteri kepada PU Riz ini juga dia akan merancang untuk memberikan susu badan sepenuhnya kepada anak kedua.

“Saya rancang untuk memberikan susu badan sepenuhnya jadi perlu memberikan komitmen pada pemberian susu itulah secara konsisten.

“Saya juga mahu memberikan fokus kepada berpantang terlebih dahulu,” katanya.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Mengulas mengenai cara berpantang, PU Riz berkata semuanya bergantung pada persepsi masing-masing.

“Bergantung pada masing-masing punya persepsi bagaimana. Kalau dia rasa dia boleh keluar selepas satu minggu bersalin silakan.

“Kalau macam kita, kita ambil pendekatan untuk ikut ibu bapa kita sebab mereka jenis begitu

“Sebab tidak ada hitam putih tentang penjagaan anak selepas bersalin. Jadi kita tak boleh nak cakap orang yang keluar selepas itu salah. Kita cuma kata itu cara dia. Cara kita lain sikit,” jelasnya.

Untuk info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan puter sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

#Neelofa #Berpantang #Pantang #PU Riz #Anak Kedua
;