Hiburan

Bakal Bersalin Bila-Bila Masa, Stacy Tak Tidur Kerana Takut

gempak
Mya Amri
04/02/2017
10:39 MYT
Sponsor Banner
Bakal Bersalin Bila-Bila Masa, Stacy Tak Tidur Kerana Takut
Penyanyi Stacy akui berdebar setiap kali terfikirkan saat untuk bersalin apabila kandungannya kini sudah mencecah usia 37 minggu.
Menurut Stacy, dia kini hanya menunggu masa untuk bersalin dan sering tidak cukup tidur kerana panik menunggu tibanya detik tersebut.
"Alhamdulillah buat masa ini, semuanya berada dalam keadaan sihat. Cuma saya panik kerana memikirkan bila-bila masa saja boleh bersalin.
“Semakin berdebar-debar apabila saat untuk melahirkan bayi makin dekat. Kadangkala tidur pun tidak lena kerana terlalu memikirkan saat bersalin.
“Mana tahu sedang nyenyak tidur saya hendak bersalin pula? Kadang-kadang menjelang pagi baru dapat melelapkan mata," katanya.
Dalam pada itu, Stacy juga memohon supaya peminat mendoakan segala urusan bersalinnya dipermudahkan.
“Saya berharap peminat dapat mendoakan supaya segala urusan melahirkan bayi ini lancar," ujarnya.
Olahan: Mya Amri
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live