Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Bakal Buat Comeback, Kumpulan Nasyid Rabbani Muncul Dengan Single Baru?

Hanafis Haris
16/10/2019 11:02 MYT
Selepas kejayaan antara kolaborasi kumpulan Raihan dan penyanyi Aliff Satar, peminat pastinya menantikan 'buah tangan' terbaru daripada satu lagi kumpulan nasyid popular iaitu Rabbani.
 
Menerusi laporan HLive! kumpulan Rabbani tidak menolak kemungkinan munculnya single terbaru dalam tempoh terdekat.
 
Menurut seorang daripada anggotanya Azadan Aziz, mereka kini masih dalam rangka untuk mencari material bagi tahun ini.
 
"Insya-Allah single terbaru akan dihasilkan secepat mungkin kerana kami kasih lagi mencari lagu bersesuaian.
 
"Mudah-mudahan hasrat tersebut dalam direalisasikan," katanya.
 
Ditanya sama ada Rabbani masih aktif dalam industri seni tanah air, Azadan tidak menafikan perkara berkenaan.
 
"Setiap minggu kami masih ada aktiviti khususnya bersama NGO. Selain itu kerap juga muncul dalam majlis-majlis kecil," katanya.
 
Untuk rekod, Rabbani ditubuhkan pada 1997 dan popular dengan lagu Intifada, Pergi Tak Kembali, Assalamualaikum serta banyak lagi.
 
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
 
#Rabbani #Raihan #Nasyid