Hiburan

Bakal Buat Persembahan Di Ketinggian 38,000 Kaki, Ayda Jebat Teruja!

gempak
Kamaruddin Razal
15/07/2019
23:59 MYT
Sponsor Banner
Bakal Buat Persembahan Di Ketinggian 38,000 Kaki, Ayda Jebat Teruja!
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat bakal mencatat sejarah sebagai penghibur solo pertama Malaysia yang mengadakan persembahan di awan biru pada ketinggian 38,000 kaki.
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ke-9 itu dijangka bakal mengadakan persembahan terbabit bersempena penganjuran Minggu Muzik Malaysia 2019 (MMM 2019).
Ayda dijangka bakal menghiburkan penumpang selama setengah jam menerusi penerbangan AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), Sepang menuju ke Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Ogos depan.
"Peluang ini membuatkan saya rasa sangat teruja. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana mempercayai bakat saya dan saya sendiri rasa tak sabar untuk menghiburkan peminat dan penumpang di hari persembahan kelak.
"Pastinya, ia akan menjadi satu pengalaman yang berbeza dan tidak akan saya lupakan... Maklumlah, saya bakal menyanyi di ketinggian 38,000 kaki di aras laut," kata Ayda yang kini sibuk di set penggambaran drama bersiri Cindai terbitan JS Pictures.
Sekadar info, MMM 2019 dianjurkan bertujuan untuk menghubungkan orang ramai, jenama dan perniagaan secara bersama.
Persembahan tersebut dijangka bakal dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai persembahan muzik secara langsung di paras tertinggi.
Maklumat lanjut mengenai MMM dan konsert di udara boleh didapati menerusi laman web www.mmm2019.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024