Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Bakal Disaman Sebab Bag Sama ‘Design’, Aliff Syukri Akui Terkilan - “Saya Punya Niat Meniaga Bukan Sebab Nak…”

Asyraf Roslan 14/05/2025 | 23:55 MYT

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung penjualan beg tangan yang didakwa menyerupai reka bentuk sebuah jenama tempatan.

Menerusi potongan klip daripada live di TikTok, jelas Aliff dia tidak mempunyai niat untuk bersaing namun hanya mahu membantu golongan pembeli yang kurang berkemampuan.

“Saya memang terkilan, kenapa nak saman? Pergilah saman jenama-jenama lain itu.
“Cuba anda lihat sama ataupun tidak bentuk, logo, kaki bag ini, anda tak boleh anggap anda sahaja yang buat bag kita kongsi rezeki sama-sama. Saya tak marah,cuma terkilan.
“Saya amat menghormati semua peniaga tidak kisah kecil atau besar apa yang penting bukan 100 peratus rekaan. Sebab saya punya niat untuk meniaga ini bukan sebab nak lawan dengan orang tapi nak bantu orang yang mungkin nak beli yang mahal tapi tak mampu.
“Saya nak bagi kualiti yang baik, biarlah saya dapat untung 10 sen pun. Saya boleh bagi harga mampu milik sebab sekali reka bentuk yang saya keluarkan dengan kuantiti sekitar 20 juta,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman turut menasihati para peniaga agar tidak merasa cemburu terhadap rezeki orang lain.

Menurutnya, sebagai usahawan seseorang itu perlu yakin dengan kredibiliti serta kekuatan jenama dan sasaran pasaran mereka sendiri.

“Tak boleh nak cemburu dengan rezeki orang, ada orang jual tudung mungkin dengan pelbagai harga. Apabila anda nak sekat rezeki orang dengan saman menyaman tidak elok la.
“Sebab bagi saya kalau anda berniaga kena percaya dengan kredibiliti dan target market awak. Asalkan orang tak ambil jenama anda dan tiru reka bentuk 100 peratus, saya rasa okay sahaja. Saya terkilan kenapa nak saman,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Aliff.
Malah ada juga diantara mereka yang menyatakan bahawa bag-bag itu boleh didapati di pelbagai platform jualan atas talian.
Terdahulu, tular di media sosial apabila reka bentuk beg yang dikeluarkan Aliff sama seperti beg viral sebelum ini.
#Datuk Seri Aliff Syukri #Kena saman #Jual Bag #Sama Design