Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bakal Isteri Bintang X Factor Meninggal Dunia Beberapa Jam Sebelum Majlis Kahwin

Maliah Surip
21/06/2022 04:01 MYT
Salah seorang bintang kelahiran X Factor, Tom Mann menyampaikan berita duka apabila mengumumkan tunangnya meninggal dunia hanya beberapa jam sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Mann sepatutnya berkahwin dengan Danielle Hampson yang juga ibu kepada anak mereka yang kini berusia 8 bulan pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun wanita berusia 34 tahun itu meninggal dunia pada pagi sebelum mereka bergelar suami isteri, lapor DailyMail.uk.

Khabar sedih itu diperoleh melalui perkongsian yang dibuat penyanyi dan komposer yang popular bersama Stereo Kicks tersebut di akaun Instagramnya.

“Saya tidak percaya sedang menulis ini tetapi kekasih, cinta hati, sahabat baik dan segalanya untuk saya, Dani telah meninggal dunia pada pagi Sabtu, 18 Jun 2022.

“Dia meninggalkan saya pada hari terhebat kami. Hari kami akan berkahwin. Saya terlalu berdukacita,” tulisnya.

Mann juga menulis: “Saya menanggis seperti air laut. Kami tidak sempat bersanding dan mengucap janji cinta apa lagi melakukan tarian pertama sebagai suami isteri.

“Tetapi saya tahu anda tahu bahawa anda adalah perkara terhebat dan terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya, Danielle.”

Lelaki berusia 28 tahun itu juga berjanji akan membesarkan anak mereka dengan baik dan setia memakai cincin perkahwinan mereka sebagai lambang cinta yang tak terbendung.

Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, punca kematian Danielle yang dikatakan sudah menjadi kekasih Mann sejak tahun 2015 tidak diketahui. Danielle juga diketahui tidak menghidap sebarang penyakit serius.
;