Kalau anda pernah ke Turki ataupun transit di Istanbul, pasti anda tahu betapa besarnya lapangan terbang Istanbul Ataturk.

Namun, salah satu tarikan terbaru di Istanbul sekarang adalah lapangan terbang barunya yang sungguh wow!



Masih belum punya nama rasmi dan dikenali dengan 'lapangan terbang baru Istanbul', ini yang anda perlu tahu tentang lapangan terbang terbesar dan tersibuk dunia ini.

1. Lapangan terbang baru Istanbul didirikan di sebelah utara Istanbul, Turki. Jaraknya ke pusat bandar Istanbul sejauh 35km.

2. Rekaan dalaman airport ini menggabungkan interior khas Turki dengan sentuhan islamik. Menara kawalan lalu lintas udaranya berbentuk bunga tulip.

3. Lapangan terbang ini bernilai USD12 bilion (RM48.8 bilion) sudah dibuka separuh pada Oktober 2018. Ia dirasmikan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

4. Penerbangan rasmi negara Turki, Turkish Airlines akan beroperasi sepenuhnya di lapangan terbang baru ini bermula esok.



5. Berkeluasan 823 juta kaki persegi, lapangan terbang baru ini mampu menampung 200 juta pengunjung setahun.

6. Sebagai permulaan, 16,000 orang akan diambil bekerja. Antaranya 2,700 pekerja untuk operasi lapangan terbang, 3,522 bahagian keselamatan, 2,000 bahagian jualan bebas cukai serta 2,532 bahagian pembersihan, parkir dan perkhidmatan.

7. Lapangan terbang ini merangkumi beberapa terminal, enam lapangan, 233 parkir kapal terbang, 500 kaunter daftar masuk, hotel, pusat perubatan, residen, galeri seni, pejabat pengurusan, pusat membeli-belah dan banyak lagi.