HOLLYWOOD
Bakal Jadi Isteri Benny Blanco, Selena Gomez Tak Mahu Kek Kahwin
Penyanyi Selena Gomez dilaporkan sedang membuat persiapan perkahwinan bersama tunangnya, Benny Blanco.
Menurut sumber, pasangan selebriti tersebut akan berkahwin sekitar September 2025.
Menerusi salah satu perkongsian video dari jenamanya, Rare Beauty, Gomez didakwa seperti memberi sedikit butiran mengenai majlis perkahwinannya dengan Blanco.
Gomez dilihat sedang berbincang mengenai menu yang akan dihidangkan pada majlis perkahwinannya kelak.
Tidak seperti keinginan ramai pengantin wanita, Gomez dilihat enggan memiliki kek perkahwinan yang besar dan megah. Pemilik lagu Love On itu sebaliknya hanya mahu manisan dan kek kecil untuk dirinya dan Blanco sahaja.
“Saya fikir saya hanya perlukan kek mini untuk kami berdua dan ia boleh dibekukan,” kata Gomez seperti dilaporkan People.
Selain itu, Daily Mail melaporkan pasangan tersebut juga sedang mempertimbangkan meminta tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan kelak tidak membawa bersama telefon bimbit demi menjaga privasi mereka.
Gomez dan Blanco yang mula berkenalan sejak tahun 2019 dan menjadi pasangan pada 2023 mengumumkan telah bertunang pada Disember tahun lalu.
Must-Watch Video