Bakal Jalani Pembedahan, Nourul Depp Buat Ujian COVID-19... "Rasa Nak Muntah Nak B***k Semua Ada"

Amri Hassan
Ogos 23, 2020 03:36 MYT
Penyanyi Nourul Depp mengesahkan dia negatif virus COVID-19 selepas melakukan ujian pengesanan pada Sabtu.
Jelas Nourul, ujian tersebut dilakukannya bukan kerana punyai simptom sebaliknya salah satu syarat sebelum menjalani pembedahan pada Rabu depan.
"Saja berjalan kat hospital buat swap test!
"Nak rasa! Hahaha. Dak aih. Sebab nak kena buat minor operation rabu ni. So kita kena buat test lah.
"Tunggu result dalam dua jam.
"Geli ja hangpa. Tak sakit pun. Cuba pergi buat kalau nak rasa selamatkan. Saja la. Takut sebarkan kat orang dengan tak sengaja kan," kongsi Nourul menerusi Instagramnya.
Tambah Nourul perasaannya sebelum mendapat keputusan ujian COVID-19 itu umpama menunggu keputusan peperiksaan.
"2 jam selepas test COVID-19. Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah
"Hangpa tak tau kami nak ambik result macam nak ambik result periksa, rasa nak muntah nak b***k semua ada.
"Alhamdulillah alhamdulillah Alhamdulillah. Pergi buat test. Supaya kita tau condition kita," saran Nourul.
Nourul bagaimanapun tidak mendedahkan prosedur pembedahan minor yang bakal dijalani pada minggu hadapan.
#pembedahan #Nourul Depp #COVID-19