Hiburan

Bakal Jayakan Watak Nurul Izzah, Lisdawati Gementar & Risau!

Kamaruddin Razal
13/11/2019
01:16 MYT
Pelakon Lisdawati mengakui dirinya agak gementar dan risau apabila diberikan tanggungjawab untuk menjayakan watak Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dalam filem 'Mahathir, The Journey'.
Menurut Lisdawati, sebelum ini ada peminat yang pernah mengatakan wajahnya mempunyai persamaan dengan tokoh politik muda itu.
"Saya hadir ke sesi uji bakat untuk menjayakan watak ini. Malah, sebelum ini ada juga peminat yang kata muka saya seiras dengan Izzah.
"Sebelum ke sesi berkenaan, saya membuat persediaan serba sedikit. Saya membuat kajian dahulu mengenai cara Izzah bercakap dan bergaya menerusi foto dan video di internet.
"Alhamdulillah, selepas sesi uji bakat, pihak produksi menawarkan saya watak terbabit. Saya rasa gembira, tapi pada masa yang sama, saya gugup dan risau kerana ia satu tanggungjawab besar," katanya.
Lisdawati ditemui di majlis sidang media filem 'Mahathir, The Journey' arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan di Sheraton Petaling Jaya, pada Isnin.
Filem 'Mahathir, The Journey' menampilkan kisah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.
Tambah Lisdawati, dia belum pernah berjumpa dengan Izzah secara berhadapan tetapi dia sangat kagum dengan wanita itu.
"Dia seorang tokoh yang tegas dan berani. Saya sangat menghormatinya. Walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, saya akan membawakan watak ini dengan sehabis baik.
"Biarpun tidak banyak babak, saya terlibat dalam satu babak penting yang mewarnakan jalan cerita filem ini," katanya lagi.
'Mahathir, The Journey' yang menelan bajet sebanyak RM6 juta akan memulakan penggambaran pada bulan Disember hadapan.
BACA: Kajian Selama 7 Bulan Dilakukan Untuk Realisasi Filem 'Mahathir, The Journey'
Selain Lisdawati, barisan pelakon filem terbabit ialah Azhar Amir (Tun Dr Mahathir Mohamad), Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq), Ning Baizura (Datin Paduka Marina Mahathir), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Harminder Singh (Gobind Singh Deo) dan ramai lagi.
Ia akan menjalani penggambaran di Putrajaya, Kedah, Kelantan dan Hiroshima, Jepun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.