Bakal Lahir Bayi Secara Caesarean, Siti Nurhaliza Akan Umum Nama Anak Selepas 7 Hari
Kamaruddin Razal
06/03/2018 13:25 MYT
06/03/2018 13:25 MYT
Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin akan mengumumkan nama cahaya mata sulungnya hanya selepas tujuh hari kelahirannya.
Keputusan itu adalah hasil persetujuannya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selain ia juga merupakan amalan sunat dalam menetapkan nama cahaya mata menurut agama Islam.
“Saya dan suami telah bersepakat untuk tidak lagi mengumumkan nama bayi yang bakal dilahirkan.
“Pengumuman hanya akan dibuat selepas tujuh hari kelahiran bayi kami selain merupakan amalan yang disunatkan dalam Islam,” kata Siti.
Terdahulu, Siti mengesahkan akan melahirkan bayinya secara caesarean (pembedahan) selepas mendapat nasihat daripada doktor.
“Memang daripada awal saya telah dinasihatkan oleh doktor untuk melalui proses pembedahan. Jadi saya ikut sahaja apa yang dinasihatkan dan bersedia dengan apa jua keadaan,” katanya lagi.
Semalam, Siti turut melancarkan single terbaharunya berjudul Comel Pipi Merah yang ditujukan khas buat anaknya.
Katanya, lagu tersebut bukan sahaja amat bermakna buat bayi yang bakal dilahirkan malah boleh dijadikan irama untuk para ibu mendodoikan bayi mereka.
Sebelum ini, Siti telah menamatkan teka-teki jantina bayi sulung apabila penyanyi tersohor itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan.
Pengumuman menerusi rakaman video di laman Instagram dibuat bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-39.
Sumber: Astro Awani