Hillary Duff sedang menghitung hari untuk melahirkan anaknya. Bersempena dengan itu, bintang berusia 33 tahun ini mengambil keputusan untuk mewarnakan rambut asalnya menjadi biru.

Penampilan baharunya itu dikongsikan Duff melalui akaun Instagramnya, semalam.

"Apa kata kalian teka. Sebaik saya pulang ke rumah dari New York, saya perlukan perubahan. Walaupun perubahan ini dilakukan pada saat akhir.

"Dan saya bersumpah mewarnakan rambut berwarna biru tak bermakna saya akan memiliki anak lelaki. Itu yang mak saya katakan.

"Dia kata, saya seperti mahu memberitahu sesuatu kepada semua orang," tulis Duff pada kemas kininya.

Duff kemudian memanjangkan dengan mengatakan: "Saya tidak tahu lagi (jantina) siapa yang akan menjadi warga baharu di kediaman kami dalam masa terdekat ini."

Sebelumnya, isteri Matthew Koma ini memang tidak mahu tahu mengenai jantina anak ketiga mereka.

"Sewaktu Banks mahu dilahirkan kami melakukan gender reveal dan memori itu memang best.

"Cuma buat masa ini kami berasa lebih teruja untuk tidak mengetahui jantinanya dan kami seluruh keluarga tak sabar untuk tahu adakah ini bayi perempuan atau lelaki.

Terdahulu, Duff sudah memiliki dua orang anak iaitu seorang perempuan, Banks Violet yang kini berusia 2 tahun dan anak lelaki, Luca Cruz, 8 tahun.

Instagram: @hillaryduff