HIBURAN
Bakal Madu Nur Nilam Kongsi Gambar Dengan Azlan Komeng, Netizen Tak Percaya - “Kenapa Aku Tengok Pandangan Mata Tu…”
Satu hantaran di TikTok yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Maizila mencuri perhatian warganet apabila dia berkongsi gambar bersama pelakon Azlan Komeng.
Menerusi hantaran tersebut Maizila meluahkan rasa syukur kerana aktor itu sudi meluangkan masa dengannya meskipun sibuk dengan perniagaannya.
“Alhamdulillah, terima kasih anja sayang selalu ada dengan anje walaupun sibuk dengan kerja.
“Lepas rindu dekat sayang sorang ni,” tulisnya.
Lebih menarik perhatian, Maizila turut menggunakan #Future yang memberi bayangan bahawa dia mungkin merupakan bakal madu kepada isteri Azlan, aktres Nur Nilam Ortiz.
Namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyangka wanita berniqab itu sebenarnya adalah Nilam sendiri dan menyifatkan ia sekadar gimik pemasaran semata-mata.
“Ni kak Nilam laaaa.
“Macam Nilam jer.
“Tengok mata dah tau Nilam.
“Kenapa aku tengok pandangan mata tu...mata nilam...drama apakah ini ??
“Nilam ni.. Aku dh lama agak marketing je ni,” tulis netizen.
Bagaimanapun, terdapat juga beberapa warganet yang menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan wanita dalam video itu bukan Nilam seperti yang disangka ramai.
Terdahulu, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.
Dalam pada itu, Nilam juga berkongsi video memperlihatkan dia berada di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.
Menerusi perkongsian itu, Nilam yang memakai jubah dan tudung serba hitam seakan-akan memberi bayangan dia memilih untuk berpisah dan hanya mahu menjaga hatinya sendiri.
Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.