Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bakal Melahirkan Cahaya Mata Sulung, Ila Damiaa Mohon Dipermudahkan

Syafiqah Jalal
12/09/2018 17:39 MYT
Penyanyi Ila Damiaa sedang menanti saat kelahiran cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.

Ila meminta agar mendoakan proses bersalinnya nanti dipermudahkan.

“Mudah-mudahan selamat semuanya. Doakan kami ya. Insya-Allah.

“Baby asyik rehearsal. Dah dekat Hari Malaysia lah katakan,” tulisnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu itu berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Ila mendirikan rumah tangga dengan Abg Mohd Sahril Abg Spian pada 6 Mac 2016.

Mudah mudahan selamat semuanya. Doakan kami ya. In shaa Allah. Baby asyik rehearsal. Dah dekat Hari Malaysia la katakan. ? #39weeks3days #almostThere #inShaaAllah #alhamdulillah #countingdays?

A post shared by iladamiaajohar (@iladamiaa) on

#Penyanyi #Anak #Bersalin #Penyanyi #Ila Damiaa