Bakal Mengacara Bersama, Sharnaaz Ahmad & Scha Al-Yahya Gigih Berlatih

Ahmad Shah
Mac 29, 2016 05:01 MYT

Pelakon Sharnaaz Ahmad dan Scha Al-Yahya gigih berlatih sebelum memulakan tugas baru mereka sebagai pengacara program terbaru terbitan Astro.

Menerusi perkongsian video di Instagram (IG) Sharnaaz, dia dan Scha bakal mengacara sebuah program yang dinamakan sebagai Gempak Superstar.
Selain berkongsi berita terkini mengenainya yang bakal bergelar pengacara buat pertama kali, Sharnaaz turut menulis kapsyen lucu, seolah-olah dia sedang mengacara sebuah program milik bapanya.
“Aku hosting buat macam program bapak aku ja,” tulis Sharnaaz yang telah menarik perhatian para peminatnya di IG.
Pengikut IG Sharnaaz rata-ratanya menyatakan rasa tidak sabar mereka untuk melihat pelakon berbadan sasa itu mengacara bersama Scha dan menyokong cubaan aktor tersebut sebagai hos program Gempak Superstar.
Kepada pembaca Astro Gempak, jika ingin tahu apa Gempak Superstar, nantikan info terkini mengenai program terbaru kami itu, dari semasa ke semasa!
Dengar cerita, ramai artis popular turut serta dalam program terbaru itu...Nak tahu? Kenalah tunggu!

#Scha Al-Yahya #Sharnaaz Ahmad #Gempak Superstar