J-Hope atau nama aslinya Jung Ho-Seok, 28, menjadi anggota kumpulan BTS yang pertama melakukan debut secara solo.

Perkara gembira itu telah dikongsi sendiri oleh syarikat agensi band berpegaruh dunia itu menerusi satu hantaran di Twitter rasmi Big Hit Music pada Rabu yang lalu.

Turut berkongsi beberapa kepingan gambar ketika melakukan pengambaran projek itu dengan kapsyen “ J-Hope ‘MORE’ Concept Photo”, sekaligus memberitahu peminatnya tentang judul lagu “MORE” yang merupakan sebahagian dari album debut solo J-Hope.

Sudah pasti menjadi keterujaan adalah peminat setia rapper itu yang membanjiri ruangan balas.

“Saya boleh hidu album ini akan jadi Album Of The Year.

“OMG!! Bunyinya sangat menarik, saya dah tak sabar.

“Saya sangatlah bangga dan tidak sabar,” antara komen yang ada di ruangan balas.

“MORE” bakal dimainkan di semua platform digital muzik bermula Jumaat, 1 Julai 2022 tepat jam 1 Tengah Hari waktu Korea Selatan sementara itu album lengkap berjudul Jack In The Box bakal dilancarkan pada 15 Julai.

Sekadar info, kumpulan BTS (Bangtan Sonyeondan) telah memenangi kategori Top Social Artist selama dua tahun berturut-turut pada 2017 dan 2018 dalam anugerah Billboard Music Award.