Berita
Bakal Muncul Dalam The House, Wani Kayrie Teruja
Penyanyi dan bintang program Big Stage, Wani Kayrie berasa teruja untuk menjalani penggambaran program realiti The House musim kelima tidak lama lagi.
Menurut Wani, dia berasa teruja kerana ini adalah pertama kali dia muncul dalam sebuah program realiti yang bukan dalam bidang nyanyian.
“Sebelum ini saya ada berlakon, tetapi saya tak pernah menjadi watak utama.
“Saya berasa teruja untuk menjalani penggambaran tidak lama lagi bersama Sissy Iman dan Sarah Suhairi.
“Saya harap agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan,” kata Wani kepada Gempak.
Penggambaran The House musim kelima dijangka bermula pada 18 Februari ini selama enam hari di Cameron Highlands dan Pulau Pangkor.