Bakal Muncul Single Pertama, Boleh Ke Shah Slam Menyanyi?

Elrafaei Sapi
Ogos 14, 2018 13:14 MYT
Pemuzik terkenal, Shah Slam berkongsi berita gembira buat peminatnya apabila bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.
Dia memberitahu perkembangan terkini dirinya itu menerusi status di akaun Instagramnya, @shahslam_ hari ini.
Statusnya itu menarik perhatian ramai peminat termasuk rakan artis yang tumpang bangga dengan bakat anggota kumpulan Slam itu yang sebelum ini lebih dikenali sebagai pemuzik.
Ada dalam kalangan peminat seolah tidak sabar mahu mendengar suara pemuzik kacak itu menyanyi termasuk bertanyakan judul single terbaru itu nanti.
Sementara itu, Shah khabarnya akan mengerjakan haji pada tahun ini.
Merujuk pada status Pengurus Saluran radio Zayan, Wan Syahrul Amry di Instagramnya, @wansyahrulamry pemuzik itu belum pernah menunaikan umrah tetapi terus mendapat peluang mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @shahslam_
#Zayan #Shah Slam