Laman Utama
Bakal Nikah Mimi Lana, Syafiq Kyle Persiapkan Diri Untuk Menjadi Suami - “Kalau Ada Ujian Bertunang Sekali Pun…”
Menghitung hari untuk bergelar suami, pelakon Syafiq Kyle berkongsi mengenai persiapan menjelang majlis perkahwinannya dengan aktres Mimi Lana.
Syafiq berkata antara persiapan yang dilakukan adalah memastikan dirinya cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
“Sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ini, ini perkahwinan pertama dan ini merupakan persiapan pertama yang pernah saya buat.
“Saya banyak bertanya kepada orang-orang terdekat bagaimana mereka menguruskan keluarga, menjaga isteri, anak-anak dan sebagainya.
“Secara spesifik mungkin saya ada pengalaman menguruskan kehidupan peribadi, jadi saya gunakan juga pengalaman yang ada, suai dan padankan.
“Yang penting jangan malu bertanya, apa dugaan orang lain saya boleh ambil pelajaran daripada situ,” kata Syafiq.
Syafiq berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Polis Evo 3 yang diadakan di TGV, KLCC, baru-baru ini.
Dalam pada itu, disoal adakah sudah dilanda dengan apa-apa ujian dalam tempoh pertunangan, aktor berusia 30 tahun itu enggan mengiyakan mahupun menidakkan perkara tersebut.
“Alhamdulillah, baik semuanya. Tapi kalau ada ujian bertunang sekali pun tak akan saya nak kongsikan kepada umum. Sekiranya ada atau tidak ujian itu hanya saya sendiri yang mengetahui.
Must-Watch Video