"I promise that you'll never find another like me."

Swifties benar-benar gila!

Siapa sangka, selepas 3 jam melancarkan muzik video di Youtube, Taylor Swift sudah berjaya mendapat 15 juta tontonan daripada peminat setianya menerusi lagu 'Me!' duet bersama vokalis Panic! At The Disco, Brendon Urie, lapor Astro Awani.

Ia merupakan satu rekod baharu buat penyanyi yang popular dengan lagu 'Endgame' dan 'Are You Ready.'

Lagu baharunya turut memecah rekod lagunya sendiri iaitu 'Look What You Made Me Do' yang mendapat tontonan 15 juta dalam masa 10 jam.

Malah lagu 'Me' juga berjaya memintas lagu 'Boy With Luv' nyanyian kumpulan Kpop, BTS dan duet bersama Halsey.

Rekod menunjukkan bahawa lagu nyanyian kumpulan BTS hanya mendapat 10 juta tontonan dalam masa tiga jam.

Peminat merasakan muzik video ini bakal memecah rekod Youtube dengan mendapat tontonan sebanyak 100 juta dalam masa 24 jam, sekali gus memintas rekod BTS dan BlackPink.

Sumber: Astro Awani