,
Laman Utama

Bakal Pengantin Maut Dipanah Petir Ketika Photoshoot Pre-Wedding

Syafiqah Jalal
29/08/2022
23:30 MYT
Seorang bakal pengantin maut dipanah petir ketika sedang bergambar pre-wedding di sebuah kawasan pelancongan terkenal di Beijing China, pada Ahad.
Lapor akhbar The Sun, tragedi itu berlaku di Gunung Jade Dragon Snow di wilayah Yunnan.
Lelaki bernama Ruan itu terkena panahan petir semasa sesi penggambaran perkahwinan bersama tunangnya di Spruce Meadow yang merupakan lokasi pemandangan popular.
Mangsa dikejarkan ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia, lapor akhbar South China Morning Post.
Walaupun ribut petir melanda, pasangan itu dilaporkan memutuskan untuk meneruskan penggambaran mereka kerana telah dirancang. Mereka yang berdiri berhampiran mangsa bagaimanapun tidak cedera.
Pihak berkuasa cuaca tempatan telah mengeluarkan amaran guruh dan kilat pada tahap ketiga tertinggi di bawah sistem amaran empat peringkat China kira-kira setengah jam sebelum kilat menyambar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Dubai Lancar Teksi Udara Menjelang 2026

gempak
19/09/2024
06:55 MYT
Dubai dijangka memperkenalkan perkhidmatan 'teksi udara' menjelang suku pertama 2026, menurut pengarah teknologi pengangkutan di Dubai Roads and Transport Authority (RTA), Khaled Al Awadhi.
Hiburan

30 Tahun Jadi Anak Seni, Pak Ya Bakal Jadi Mutawif - "Saya Sedar Saya Kurang Bab Agama, Tapi ..."

gempak
15/09/2024
15:00 MYT
Hampir 30 tahun berada dalam industri hiburan, pelawak Ilya Buang memberitahu dia kini sedang berjinak-jinak mendalami ilmu agama untuk menjadi mutawif tidak lama lagi.
Hiburan

30 Tahun Jadi Anak Seni, Pak Ya Bakal Jadi Mutawif - "Saya Sedar Saya Kurang Bab Agama, Tapi ..."

gempak
15/09/2024
14:25 MYT
Ilya atau lebih mesra disapa Pak Ya berkata, dia sudah lama memasang impian menjadi seorang mutawif namun rezeki itu belum kesempaian susulan jadual kerja seninya yang padat.
Terkini

Pengapit Lupa Jalan, Pengantin Wanita Drive Sendiri Kereta Pergi Menikah!

gempak
09/09/2024
07:55 MYT
Gelagat seorang pengantin wanita mengambil alih 'stereng' daripada rakannya yang juga pengapit mencuit hati netizen.
Hiburan

“Terima Kasih Untuk 5 Tahun Ini, Aku Akan Berusaha Kuat Demi Kebahagiaan Anak..” - Cut Intan Nabila Beri Bayangan Perkahwinan Akan Berakhir?

gempak
24/08/2024
01:55 MYT
Kisah pempengaruh Cut Intan Nabila yang didera suami, Armor Toreador masih menjadi bualan hangat pengguna media sosial.