Skip to main content

Viral

Bakal Temui Penonton Disember Depan, Semarakkan Tayangan Mechamato The Movie Dengan Menyertai Larian Hydro Run

minimal-aesthetic-business-name-facebook-cover-(8)_4.png

Sebuah filem animasi terbitan Animonsta Studio (MONSTA) dan Astro Shaw, Mechamato The Movie bakal menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 8 Disember depan. 

Berita gembira itu dikongsi menerusi hantaran terbaharu di Instagram rasmi Astro Shaw pada Jumaat. 

Advertisement

Ulang Tahun MONSTA 

Dalam pada itu, pada 15 September lalu, MONSTA telah menyambut ulang tahun mereka yang ke-13 dan bersempena dengan itu, syarikat tersebut bakal menganjurkan sebuah program larian Hydro Run dengan kerjasama GSC Cinema dan Air Selangor selaku pengajur utamanya. 

Program tersebut bakal berlangsung pada 26 November depan bertempat di IOI City Mall, Putrajaya (Symphony East) seawal pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari 

Bagi yang berminat, tiket program Hydro Run sudah mula dijual di laman web Keepsake by GSC : https://shop.gsc.com.my/products/hydrorun .

Harga Tiket Hydro Run 

Berikut merupakan harga tiket bagi program Hydro Run: 

  • 5km – RM70 Dewasa, RM55 Kanak-Kanak (12 tahun ke bawah), RM190 Keluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-kanak) 
  • 10km – RM80 Dewasa, RM65 Kanak-Kanak (12 tahun ke bawah), RM230 Keluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-kanak) 

Goodies Menarik 

Peserta program Hydro Run turut diberikan kit larian yang disediakan pihak penganjur seperti: 

  • 1x T-Shirt eksklusif GSC x Air Selangor Hydro Run 
  • 1x Pingat eksklusif GSC x Air Selangor Hydro Run 
  • 1x Bag bertali eksklusif GSC x Air Selangor Hydro Run 
  • 1x Tiket untuk menonton “Mechamato The Movie” 
  • Pelbagai lagi barangan  dan saguhati menarik! 

Untuk maklumat lanjut, turut mengikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Must-Watch Video

Advertisement